Kena scam?
Deposit tidak dipulangkan?
Hak anda dilindungi.

Kami akan sediakan semua yang anda perlukan untuk fail tuntutan dalam 10 minit.

Tiada kad kredit  ·  Tiada pendaftaran  ·  10 minit

RM50K
Had tuntutan
RM5
Yuran tribunal
60 hari
Purata selesai
0
Peguam

Kami memimpin anda dari mula hingga selesai — jangan risau walaupun anda tidak pernah hadiri tribunal sebelum ini.

3 langkah ke tribunal

1
PERCUMA
Semak kelayakan
Jawab 8 soalan ringkas. Kami sahkan sama ada kes anda layak difailkan di TTPM — dalam masa 2 minit.
2
PERCUMA
Surat tuntutan formal
Kami drafkan surat yang menyebut Akta 599. Hantar ke penjual — banyak kes settle sebelum sampai ke tribunal.
3
BAYARAN RM10
Failkan di eTTM
Jika tiada respons dari penjual kepada surat tuntutan, kami sediakan Pernyataan Tuntutan yang boleh di-paste terus ke portal eTTM KPDN.

"Saya tak reti buat sendiri — prosesnya mesti complicated..."

mytuntutan.com akan memimpin anda sepanjang jalan. Kami akan uruskan bahasa penguamannya.

"Tak worth it lah, jumlah kecil sahaja..."

Tiada had minimum rasmi di TTPM. Prinsipnya bukan semata-mata duit — tindakan anda halang penipu daripada menipu orang lain.

"Proses tribunal mesti lama dan penat..."

Kebanyakan kes TTPM selesai dalam 60 hari. Pendengaran biasanya hanya sekali, dan anda berdiri sendiri — tiada peguam diperlukan.

"Penjual tu syarikat besar, mana boleh menang..."

Kami akan mempersiapkan anda untuk perbicaraan depan tribunal.

Tuan rumah tahan deposit kamu?

Perjanjian sewa kamu adalah bukti terkuat. Kami bantu kamu sediakan tuntutan yang tepat.

TTPM untuk siapa?

Tribunal ini khusus untuk pengguna individu. Semak sama ada situasi anda layak.

Bidang kuasa TTPM

🛒
Seller online tipu
Shopee, Lazada, TikTok Shop, IG, FB Marketplace
🏠
Deposit sewa tak pulang
Tuan rumah enggan refund deposit selepas sewa tamat
📦
Barang rosak / cacat
Elektronik, perabot, kenderaan — tidak ikut penerangan
🔧
Servis tak siap
Bengkel, kontraktor, kecantikan, slimming centre
✈️
Pakej travel dibatal
Agensi tipu atau cancel pakej umrah / haji / percutian
🔨
Kontraktor lari
Ambil deposit renovasi, kerja tak disiapkan
⚠️ Tidak layak: Pembelian untuk perniagaan atau dijual semula, kes yang sudah difailkan di mahkamah lain, dan tuntutan melebihi RM50,000 (perlu ke Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen).
⚖️
Berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) Semua panduan kami merujuk kepada peruntukan undang-undang yang sah
🏛️
Prosedur rasmi KPDN & portal eTTM Kami ikut prosedur terkini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
🔒
Panduan sahaja — bukan nasihat undang-undang mytuntutan.com bukan firma guaman. Untuk kes kompleks, dapatkan nasihat peguam
Semak nama syarikat sebelum fail tuntutan

Tuntutan yang gagal sering kali bukan sebab kes lemah — tapi sebab nama atau alamat syarikat yang salah. Sebelum hantar tuntutan, semak maklumat syarikat yang betul terus dari SSM. myTuntutan akan tunjukkan cara buat semakan ini semasa anda isi borang.

Yang selalu ditanya

Jawapan jujur untuk soalan yang anda mungkin malu nak tanya.

Apa itu TTPM dan macam mana ia berfungsi?
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ialah tribunal khas di bawah KPDN untuk selesaikan pertikaian antara pengguna dan pembekal. Ia lebih cepat, lebih murah, dan lebih mudah berbanding mahkamah biasa. Anda berdiri sendiri tanpa perlu peguam, dan keputusan tribunal adalah mengikat.
Berapa lama proses tribunal mengambil masa?
Selepas anda failkan Form 1, tarikh pendengaran biasanya ditetapkan dalam 30–60 hari. Jika Penentang hadir dan bersetuju, kes boleh selesai pada hari yang sama. Jika ada pertikaian, mungkin ada satu atau dua pendengaran lagi. Keseluruhan proses jarang melebihi 3 bulan.
Apa jadi kalau Penentang tak hadir atau buat tak tahu?
Jika Penentang gagal hadir tanpa sebab munasabah, Presiden Tribunal boleh membuat award secara terus memihak kepada anda. Award yang dikeluarkan tribunal adalah mengikat dari segi undang-undang — pihak yang kalah wajib mematuhi atau berdepan dengan tindakan penguatkuasaan lanjut.
Saya ada bukti yang lemah. Masih boleh failkan?
Boleh, tapi peluang berjaya bergantung pada kekuatan bukti anda. Tribunal menggunakan standard "imbangan kebarangkalian" — bermaksud anda hanya perlu buktikan bahawa tuntutan anda lebih berkemungkinan benar berbanding tidak. Screenshot WhatsApp, bukti bank transfer, atau gambar barang sudah mencukupi dalam banyak kes.
Kenapa perlu hantar surat tuntutan dahulu?
Ia bukan wajib dari segi undang-undang, tapi ia sangat berkesan. Surat rasmi yang menyebut "Akta 599" dan ancaman tindakan tribunal sering menakutkan penjual untuk settle awal. Ini jimatkan masa dan tenaga anda. Dan jika mereka masih enggan, surat itu jadi bukti bahawa anda telah cuba berdamai — yang memberikan gambaran positif di hadapan Presiden Tribunal.
Saya beli dari seller luar negara. Boleh failkan?
Ini bergantung kepada situasi. Jika platform itu beroperasi di Malaysia (seperti Shopee atau Lazada Malaysia), anda mungkin masih boleh failkan terhadap platform tersebut. Tapi jika seller berada sepenuhnya di luar Malaysia, TTPM mungkin tidak mempunyai bidang kuasa. Semak dahulu melalui flow semakan kami.

Jangan tunggu lagi.
Tuntut hari ini.

Semakan percuma. Tiada komitmen. Jika kes anda tidak layak, kami cadangkan jalan lain yang sesuai.

Tiada kad kredit · Tiada pendaftaran · 10 minit

Semak Kelayakan

Soalan 1 daripada 7
Jenis tuntutan

Apakah jenis masalah anda?

Pilih kategori yang paling sesuai dengan situasi anda.

Jenis penyewaan

Adakah ini penyewaan kediaman peribadi?

TTPM melindungi penyewaan rumah atau bilik untuk tempat tinggal. Hartanah komersial seperti kedai atau pejabat berada di bawah bidang kuasa yang berbeza.

Kelayakan asas

Adakah ini untuk kegunaan peribadi anda?

TTPM hanya melindungi pengguna individu. Jika pembelian atau kontrak ini adalah untuk perniagaan atau untuk dijual semula, ia tidak termasuk dalam bidang kuasa TTPM.

Amaun tuntutan

Berapakah jumlah tuntutan anda?

Had tuntutan di TTPM adalah RM50,000. Tuntutan melebihi had ini perlu difailkan di Mahkamah Majistret (sehingga RM100,000) atau Mahkamah Sesyen (sehingga RM1 juta).

RM
Masukkan jumlah tuntutan anda dalam Ringgit Malaysia Jumlah melebihi had TTPM RM50,000. Sila pilih "Melebihi RM50,000" di bawah.
Masa tuntutan

Bilakah kejadian ini berlaku?

Had masa untuk failkan tuntutan di TTPM ialah 3 tahun dari tarikh transaksi atau kejadian.

Anggaran bulan dan tahun kejadian — angaran sahaja pun boleh Tarikh ini melebihi had masa 3 tahun TTPM. Sila pilih "Lebih dari 3 tahun yang lalu" di bawah.
Lokasi peniaga

Di manakah peniaga atau pembekal ini beroperasi?

TTPM mempunyai bidang kuasa ke atas peniaga yang beroperasi di Malaysia. Jika peniaga berada di luar negara sepenuhnya, bidang kuasa mungkin terhad.

Status prosiding

Sudahkah kes ini difailkan di mana-mana mahkamah atau tribunal lain?

Tuntutan yang sama tidak boleh difailkan di dua tempat serentak. Jika kes sudah ada di mahkamah atau tribunal lain, ia tidak boleh difailkan di TTPM.

Langkah sebelum tribunal

Sudahkah anda menghubungi peniaga untuk minta penyelesaian?

Walaupun tidak diwajibkan, menghubungi peniaga dahulu sering mendatangkan hasil. Surat tuntutan rasmi yang merujuk Akta 599 sangat berkesan.

Persediaan kes anda

Sediakan bukti ini sebelum ke tribunal

Kumpulkan dokumen berikut sebelum memfailkan tuntutan. Bukti yang lengkap memperkukuhkan kedudukan anda di hadapan Presiden Tribunal.

🧾
Resit pembayaran / invois / penyata bankBukti pembayaran yang sah kepada penentang
📱
Tangkapan skrin perbualan WhatsApp atau e-melSemua komunikasi berkaitan dengan penentang
📸
Gambar barangan rosak atau tidak seperti diterangkanFoto yang menunjukkan keadaan sebenar barang atau kerja
📝
Kontrak, perjanjian bertulis, atau sebut hargaDokumen yang menetapkan terma perjanjian asal
📋
Laporan polis atau laporan teknikalJika berkaitan dengan kes anda
🎉

Kes anda mungkin layak!

Berdasarkan jawapan anda, tuntutan ini boleh difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Jenis tuntutan
Anggaran tuntutan
Tarikh kejadian
Had tuntutan TTPM RM50,000 ✓
Langkah seterusnya
1
Jana Surat Tuntutan Percuma Surat rasmi merujuk Akta 599 — hantar ke peniaga sebelum fail di tribunal
2
Fail di portal eTTM (RM5) Isi Borang 1 di portal TTPM dan bayar yuran RM5
3
Hadir ke pendengaran Biasanya dalam 30–60 hari. Anda berdiri sendiri — tiada peguam diperlukan

mytuntutan.com memberikan panduan sahaja, bukan nasihat undang-undang. Keputusan akhir bergantung kepada penilaian Presiden Tribunal.

🏭

Maaf, TTPM tidak merangkumi ini

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) hanya melindungi pengguna individu. Pembelian atau kontrak untuk tujuan perniagaan atau dijual semula tidak termasuk dalam bidang kuasa TTPM di bawah Akta 599.

Untuk pertikaian perniagaan, pertimbangkan tuntutan melalui Mahkamah Sivil atau bantu dengan khidmat seorang peguam.

💸

Tuntutan melebihi had TTPM

Had tuntutan di TTPM adalah RM50,000. Tuntutan anda melebihi had ini, jadi TTPM bukan forum yang sesuai.

Untuk tuntutan melebihi RM50,000, anda perlu failkan kes di Mahkamah Majistret (sehingga RM100,000), Mahkamah Sesyen (sehingga RM1 juta), atau Mahkamah Tinggi (tiada had). Dapatkan nasihat peguam untuk kes ini.

Masa had mungkin telah tamat

Masa had untuk failkan tuntutan di TTPM adalah 3 tahun dari tarikh transaksi atau kejadian. Selepas 3 tahun, tuntutan anda mungkin tidak akan diterima oleh TTPM.

Namun, anda boleh cuba berbincang dengan pegawai TTPM terus — ada kes di mana pengecualian diberikan atas sebab-sebab tertentu. Hubungi pejabat TTPM terdekat untuk mendapat penjelasan lanjut.

🌍

Bidang kuasa mungkin terhad

TTPM hanya mempunyai bidang kuasa ke atas peniaga yang beroperasi di Malaysia. Jika peniaga berada sepenuhnya di luar Malaysia, adalah sukar untuk TTPM menguatkuasakan sebarang award.

Walau bagaimanapun, jika anda membeli melalui platform e-dagang yang berdaftar di Malaysia seperti Shopee Malaysia atau Lazada Malaysia, anda mungkin boleh failkan tuntutan terhadap platform tersebut. Cuba semak semula — pilih "Tidak pasti" jika anda membeli melalui platform Malaysia.

⚖️

Tuntutan sedang berjalan di tempat lain

Tuntutan yang sama tidak boleh difailkan di dua tempat serentak. Oleh kerana kes ini sudah ada di mahkamah atau tribunal lain, ia tidak boleh difailkan di TTPM.

Anda perlu teruskan dengan prosiding yang sedia ada. Jika anda telah menarik balik kes tersebut, anda mungkin boleh memfailkan semula di TTPM. Dapatkan penjelasan dari pejabat TTPM.

🏢

Penyewaan komersial tidak dilindungi

TTPM secara amnya menerima tuntutan deposit sewa residensi peribadi sebagai pertikaian pengguna, walaupun pertikaian berkenaan tanah secara umumnya dikecualikan di bawah Seksyen 2(2)(d) Akta 599. Pertikaian penyewaan komersial (kedai, pejabat, gudang) berada di bawah undang-undang yang berbeza dan tidak diterima oleh TTPM.

Untuk kes penyewaan komersial, anda perlu dapatkan nasihat guaman dan mungkin perlu failkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

Surat Tuntutan

Jana Surat Tuntutan

Pilih cara anda mahu menjana surat tuntutan rasmi ini.

mytuntutan.com hanya menyediakan panduan, bukan nasihat guaman.

📬 Surat ini boleh dihantar melalui e-mel, tangan, atau pos berdaftar. Simpan bukti penghantaran — ia boleh dikemukakan kepada Presiden Tribunal sebagai bukti anda telah cuba berdamai.
Surat siap — apa perlu dibuat sekarang?
1
Hantar surat ini kepada peniaga Melalui e-mel, tangan, atau pos berdaftar. Simpan bukti penghantaran.
2
Tunggu 14 hari Ramai peniaga akan settle di sini — anda jimat yuran tribunal RM5.
3
Jika tiada respons — failkan Borang 1 di TTPM Yuran tribunal hanya RM5. Surat tuntutan ini jadi bukti sokongan.
Sedia Borang 1 sekarang atau kemudian?

Atau kembali selepas 14 hari jika peniaga masih tidak bertindak balas. Jika mereka reply dan settle, anda jimat RM5 yuran tribunal.

mytuntutan.com hanya menyediakan panduan, bukan nasihat guaman.

Borang 1

Apa itu Borang 1?
Borang 1 (Pernyataan Tuntutan) ialah dokumen rasmi yang perlu anda isi semasa mendaftar tuntutan di portal eTTM. Kami akan sediakan teks untuk setiap ruangan — anda tinggal salin dan tampal sahaja. Buka Portal eTTM →

Sedia Borang 1 untuk eTTM

Pilih cara anda mahu meneruskan.

Terma Penggunaan

Kuat kuasa: 14 Mei 2026

1. Penerimaan Terma

Dengan mengakses atau menggunakan mytuntutan.com ("Platform"), anda bersetuju untuk terikat dengan terma penggunaan ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila hentikan penggunaan Platform.

2. Sifat Perkhidmatan

mytuntutan.com adalah platform panduan kendiri yang membantu pengguna Malaysia memahami proses membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Platform ini bukan firma guaman dan tidak menyediakan nasihat undang-undang profesional.

  • Semua maklumat yang disediakan adalah untuk tujuan panduan am sahaja.
  • Platform ini tidak mewakili anda dalam sebarang prosiding undang-undang.
  • Keputusan untuk memfailkan tuntutan adalah sepenuhnya tanggungjawab anda.

3. Penggunaan yang Dibenarkan

Anda dibenarkan menggunakan Platform ini untuk:

  • Menyemak kelayakan tuntutan pengguna anda di TTPM.
  • Menjana surat tuntutan dan draf Borang 1 untuk kegunaan peribadi anda.
  • Mendapatkan panduan berkaitan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Anda tidak dibenarkan untuk:

  • Menggunakan Platform bagi tujuan komersil atau atas nama orang lain tanpa kebenaran.
  • Meniru, mengubah suai, atau mengedar semula kandungan Platform tanpa kebenaran bertulis.
  • Menggunakan Platform untuk tujuan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

4. Harta Intelek

Semua kandungan di Platform ini, termasuk teks, reka bentuk, logo, dan kod perisian, adalah hak milik mytuntutan.com dan dilindungi oleh undang-undang harta intelek Malaysia. Dokumen yang anda jana (surat tuntutan, draf Borang 1) adalah untuk kegunaan peribadi anda sepenuhnya.

5. Had Liabiliti

setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, mytuntutan.com tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung, atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan Platform atau kebergantungan kepada maklumat yang disediakan.

6. Perubahan kepada Terma

Kami berhak mengubah suai terma ini pada bila-bila masa. Perubahan berkuat kuasa serta-merta selepas disiarkan. Penggunaan berterusan Platform selepas sebarang perubahan bermaksud anda menerima terma yang dikemaskini.

7. Undang-undang yang Terpakai

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Dasar Privasi

Kuat kuasa: 14 Mei 2026

1. Maklumat yang Kami Kumpul

mytuntutan.com direka untuk melindungi privasi anda. Kami tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi anda di pelayan kami. Semua data yang anda masukkan (nama, nombor IC, alamat) hanya wujud di dalam pelayar anda semasa sesi aktif dan dipadam apabila anda menutup tab.

  • Data borang: Diproses sepenuhnya di sisi pelanggan (browser anda). Tiada data dihantar ke pelayan kami kecuali teks yang diperlukan untuk menjana Pernyataan Tuntutan melalui AI.
  • Pernyataan Tuntutan (AI): Ringkasan fakta anda dihantar ke Anthropic API bagi tujuan menjana teks undang-undang. Anthropic mempunyai dasar privasi tersendiri.
  • Data penggunaan: Maklumat am seperti jenis pelayar dan negara boleh dikumpul oleh Cloudflare bagi tujuan keselamatan dan prestasi rangkaian.

2. Cara Kami Menggunakan Maklumat

Maklumat yang diproses semasa sesi anda digunakan semata-mata untuk:

  • Menjana surat tuntutan dan draf Borang 1 mengikut input anda.
  • Meningkatkan prestasi dan keselamatan Platform.

3. Kuki

Platform ini menggunakan kuki teknikal yang diperlukan untuk fungsi asas (seperti service worker untuk sokongan luar talian). Kami tidak menggunakan kuki pengesanan atau pengiklanan pihak ketiga.

4. Pihak Ketiga

Platform ini menggunakan perkhidmatan berikut yang mempunyai dasar privasi tersendiri:

  • Cloudflare — hosting dan keselamatan.
  • Anthropic — pemprosesan AI untuk Pernyataan Tuntutan.
  • Google Fonts — fon web.

5. Hak Anda

Memandangkan kami tidak menyimpan data peribadi anda, tiada permintaan pemadaman atau akses diperlukan. Sebarang data yang dimasukkan ke dalam borang lenyap apabila anda menutup atau memuat semula halaman.

6. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan privasi, sila hubungi kami di: help@mytuntutan.com

Penafian

Kuat kuasa: 14 Mei 2026

Bukan Nasihat Undang-undang

Semua maklumat, alat, dan kandungan yang disediakan oleh mytuntutan.com adalah untuk tujuan maklumat dan panduan am sahaja. Ia tidak merupakan nasihat undang-undang profesional dan tidak boleh dijadikan sandaran sebagai nasihat sedemikian.

Untuk situasi undang-undang yang kompleks atau tuntutan yang melibatkan amaun yang besar, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam berlesen Malaysia.

Ketepatan Maklumat

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat yang disediakan berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan peraturan TTPM semasa, kami tidak membuat sebarang jaminan tentang kesempurnaan, ketepatan, atau kesesuaiannya untuk tujuan tertentu. Undang-undang dan prosedur boleh berubah; sila semak dengan pihak TTPM atau peguam untuk mendapatkan maklumat terkini.

Keputusan Tuntutan

mytuntutan.com tidak menjamin kejayaan sebarang tuntutan yang difailkan menggunakan panduan atau dokumen yang dijana melalui Platform ini. Keputusan tribunal bergantung kepada fakta kes, bukti yang dikemukakan, dan budi bicara Pengerusi Tribunal.

Pautan Luar

Platform ini mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga seperti portal eTTM. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan, dasar privasi, atau amalan mana-mana laman web pihak ketiga tersebut.

Tiada Hubungan Guaman-Anak Guam

Penggunaan Platform ini tidak mewujudkan hubungan guaman-anak guam antara anda dengan mytuntutan.com atau mana-mana individu yang terlibat dalam pembangunan Platform.